Latar Belakang (Profile IK SAFA)

Institut Kemahiran Safa merupakan sebuah pusat  latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (dahulu dikenali sebagai Majlis Latihan Vakasional Kebangsaan MLVK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Institut kemahiran Safa (Selepas ini disebut IKSafa) ditubuhkan secara rasmi pada 14 Julai 2002. IKSafa bermula beroperasi di Wisma Tun Tuah, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu dan  berpindah di tempat baru di Lot F45 ,F46 Kawasan perindustrian Chendering 21080 Kuala Terengganu, Terengganu. IKSafa merupakan sebuah pusat latihan kemahiran milik penuh SIC Skill Sdn Bhd.

IKSafa merupakan sebuah pusat latihan kemahiran milik penuh SIC Skill Sdn. Bhd. IKSafa menawarkan kursus-kursus kemahiran dari peringkat sijil hingga diploma Persijilan Kemahiran Malaysia.  Kursus-kursus yang ditawarkan adalah meliputi bidang sistem maklumat, sistem komputer. Kursus-kursus ini adalah untuk pelajar-pelajar lepasan SPM/PMR atau sesiapa sahaja yang berminat mengikuti kursus kemahiran dengan syarat umur kemasukan tidak melebihi 35 tahun. 
IKSafa mendapat pembiayaan dari Yayasan Terengganu bermula Tahun 2004 iaitu melalui Pembiayaan Wang Dana Khas Persekutuan 2004 dan pinjaman latihan kemahiran untuk membiayai pelajar-pelajar yang mengambil kursus kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Sistem Maklumat dan Sistem Komputer.
Pada 22 Februari 2005, IKSafa telah berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sebagai Penyedia Latihan Kelas A, yang menjalankan program latihan PROLUS (Program Latihan yang diluluskan)  dan Skim Latihan Graduan – Program Bahasa Inggeris.  Pembiayaan kursus adalah melalui Pembangunan Sumber Manusia. Skim Latihan Graduan ini bermula dari Ogos 2005 hingga Ogos 2006.
Institut Kemahiran Safa turut dilantik sebagai Penyedia Latihan oleh TATI University College (TATiUC) yang dahulunya dikenali sebagai Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) bagi menjalankan kursus memasang dan membaik pulih komputer khusus untuk graduan lepasan ijazah. Kursus 3 bulan ini telah berlangsung dengan jayanya bermula Jun 2006 hingga Disember 2007 dengan penghasilan sebanyak 5 ambilan.
Bermula Mei 2008 hingga Disember 2011, Institut Kemahiran Safa telah dilantik oleh Felda Prodata Sdn.Bhd.sebagai Penyedia Latihan untuk mengendalikan latihan kemahiran kepada Generasi Kedua Baru Felda melalui kursus Sistem Maklumat dan Sistem Komputer di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3.
Pada 28 September 2010 IKSafa telah maju selangkah lagi dengan kelulusan diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk mengendalikan kursus sehingga peringkat Diploma Kemahiran Malaysia di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.  Kursus-kursus peringkat diploma ini merupakan lanjutan daripada kursus-kursus peringkat sijil yang dijalankan sepanjang penubuhan IKSafa.
Kini, IKSafa menjalankan kursus-kursus kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia di bawah pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dalam bentuk pinjaman.  Semua pelajar yang berdaftar dengan IKSafa dikira layak diberikan pinjaman melalui perbadanan ini sepanjang tempoh latihan berdasarkan kepada kuota yang telah ditetapkan oleh PTPK untuk sepanjang tahun.
IKSafa mengorak langkah baru dengan cadangan untuk memperkenalkan kursus baru juga di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang Pastri.  IKSafa yakin bahawa bidang ini mempunyai prospek kerja yang luas dan berdaya saing serta dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segenap lapisan.  Bidang ini memberi banyak kelebihan kepada peserta kursus iaitu boleh menjana ekonomi sendiri tanpa perlu makan gaji.

Kini IKSafa telah memulakan langkah baru yang lebih efisien dengan membeli satu lot bangunan di sebagai tempat operasi baru.  Bangunan ini dibeli oleh salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Institut Kemahiran Safa dengan pembiayaan persendirian.

Comments

Popular posts from this blog

STRUKTUR YURAN

INFORMASI KURSUS